RIBA dan CABARAN UTAMA: Masaalah dengan “Interest”

1.Ringkasnya, apa bentuk tambahan adalah Riba samada wang yang ditukar ganti dengan wang yang lain pada waktu yang sama adalah berbeza atau wang yang dipinjamkan dibayar pada masa akan datang dengan jumlah yang bertambah.

2.Sebab itu, semua bentuk tambahan/’interest” adalah terbatal dalam apa-apa jenis kontrak dan digantikan dengan kontrak yang berkongsi untung dan resikonya.

3.Allah (swt) berfirman: Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri dengan betul melainkan berdirinya seperti dirasuk shaitan…Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. [ Al-Baqarah: 275]

4.Pengharaman Riba menggalakkan orang ramai untuk tidak menyimpan wangnya dirumah atau dibank [dengan menunggu pulangan dalam bentuk “interest”] malah 2.5% zakat dikenakan kepada harta yang tidak digunakan.

5.Dengan cara ini ia menggalakkan orang ramai untuk berbelanja dan melabur supaya aktiviti ekonomi berjalan lancar dan memastikan pertumbuhan ekonomi adalah sihat. Dengan berbelanja dan melabur, maka peluang pekerjaan wujud dan kekayaan dapat beredar dalam ekonomi.

6.Sebab utama Allah dan Nabi istiharkan perang keatas Riba kerana sistem ekonomi hutang yang berasaskan “interest” akan lambat laun memiskinkan orang ramai dan negara akan bankrap kerananya.

 Ali (ra), the cousin of Allah’s messenger, pointed out regarding the pre-Islamic age: “We withstood the weight of the Iron, the Stone and the Lash, but we could not endure the weight of debt.”

7.Kesan buruk atas pengenaan “interest” atas hutang yang diberi ialah kerana “interest” tidak pernah wujud sebagai wang.[“in agregate it is unrapayable”] Sebab itu “interest” menyebabkan

a.Terdapat tambahan wang dalam ekonomi yang berbentuk “interest” yang sebenarnya tidak wujud tetapi telah dianggap sebagai wangdan ini memberi kesan kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan/inflasi kerana kos “interest” ditanggung oleh orang ramai;

b.tambahan tersebut menyebabkan semua orang dalam ekonomi terpaksa bersaing bagi mendapatkan wang untuk membayar hutang pokoknya dan “interest” mengakibatkan berlakunya sebahagian besar akan gagal membayar hutangnya bila sebahagiannya berjaya membayar hutang pokoknya dengan “interest”;

c.Pertumbuhan “interest” mengalakkan pertumbuhan ekonomi SETIAP MASA walaupun ia akan menyebabkan pengeluaran yang tidak cekap atau mengakibatkan pencemaran alam dan kerosakan kepada sumber semulajadi;

d.”interest” akan menyebabkan kekayaan bertumpu kepada orang kaya dan pemiutang[pihak bank contohnya] dimana hari ini 1% kumpulan yang terkaya hari ini mempunyai aset yang berasaskan “interest” semata-mata;

e. Jurang yang kaya dan miskin akan kian melebar dengan bertambahnya orang-orang miskin;

8.Saya juga berpendapat kesan-kesan diatas menyebabkan undang-undang hari ini yang berasaskan “Rule of law” tidak dapat diikuti dan dihormati kerana tekanan “interest” ini menyebabkan amalan kronisma, nepotisma, ketirisan, koropsi dan jenayah akan sentiasa wujud kerana semua pihak dari institusi politik, ekonomi, sosial dan lain-lain akan cuba mencari jalan untuk membayar kos hidup yang sentiasa meningkat dan juga membayar hutang yang tidak pernah selesai.

Penghakiman oleh Mahkamah Agung Pakistan dibawah ini amat menarik kerana Mahkamah telah membincngkan dengan panjang lebar bagaimana riba berlaku zaman sebelum dan selepas islam,mendefinasikan apa itu riba secara komprehensif dan menolak hujah-hujah “interest” dengan penuh hikmah dan rasional.

further reading on Judgment on Interest by Supreme Court of Pakistan

One Reply to “RIBA dan CABARAN UTAMA: Masaalah dengan “Interest””

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *