Riba lahirkan pencuri

Pengenalan

Kelemahan utama dalam sistem Riba Ekonomi yang berasaskan Wang Fiat dan “interest” dalam sistem monetari dan perbankan ialah sistem itu sendirinya “mencuri” atau “merompak” kuasa beli, aset dan pendapatan rakyat termasuk hasil negara.

Jika rakyat memahami bagaimana pengeluaran wang berlaku hari ini, mereka akan sedar betapa korupnya kehidupan masyarakat hari ini baik dalam aktiviti politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan termasuk cara cara kita berfikir hari ini AKBAT dari kehidupan kita yang dikawal sepenuhnya oleh sistem wang yang berasaskan “ïnterest”.

Hari ini, walaupun negara kita mempunyai kuasa mutlak dalam pengeluaran wang kertas dan shiling melalui bank pusat, kuasa mutlak ini sebenarnya satu “ilusi” dan tiada maknanya kerana bank-bank swasta juga dibenarkan untuk mencipta wang dalam bentuk pinjaman dan pinjaman atau hutang ini bersamaan dengan wang kertas dan shiling yang dikeluarkan oleh bank pusat. Malah wang ciptaan bank-bank swasta lebih banyak daripada apa yang dicetak oleh bank pusat.

Mengikut statistik Bank Negara bulan Ogos 2018, wang kertas dan shiling dalam edaran dalam ekonomi adalah berjumlah RM94.5 billion tetapi wang yang dicipta dalam bentuk hutang termasuk “interest”nya sudah mencapai hampir RM1.8 trillion.[1]  Ini menunjukkan penawaran wang bertambah dalam bentuk hutang yang dicipta oleh bank-bank swasta. Apa kesannya kepada ekonomi dan rakyat amnya? 

Seperti kita sedia maklum bahawa adalah menjadi kesalahan jenayah kepada sesiapa yang membuat wang kertas dan shiling palsu, tetapi bank-bank swasta mempunyai lesen dengan kebenaran kerajaan untuk mencipta wang dengan pengenaan “interest” pula.[2] Adakah ini baik untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat?

Kesan penciptaan wang oleh Bank-Bank Swasta

1.Kos pinjaman dalam bentuk ïnterest” menyebabkan persaingan yang sengit dalam pasaran ekonomi

Oleh kerana ïnterest”tidak wujud sebagai wang dalam ekonomi, apabila pengenaan ïnterest” berlaku dalam pinjaman, wujudnya persaingan, kegoyahan dan ketamakan dalam pasaran ekonomi. Orang ramai tidak lagi bersikap untuk bekerjasama atau membantu mereka yang susah kerana semua orang terpaksa mencari wang untuk membayar hutangnya yang dikenakan ïnterest”. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan harta mereka yang dicagarkan akan diambil oleh pihak bank. Sebab itu sektor pinjaman perumahan dan kenderaan adalah sektor yang paling mudah kita lihat bagaimana persaingan yang sengit berlaku dikalangan orang ramai untuk meminjam kerana semua orang perlukan rumah dan kenderaan sebagai komponen asas dalam kehidupan moden hari ini.

2.Kos pinjaman dalam bentuk ïnterest” memastikan pengeluaran ekonomi MESTI KEKAL bertambah.

Pihak bank tidak akan meminjamkan wang jika peminjamnya tidak menunjukkan bagaimana pinjaman itu boleh menghasilkan pertumbuhan ekonomi. “Interest” mesti dibayar melalui pertumbuhan ekonomi. Ini asasnya.

Pihak bank juga akan memastikan aset peminjam ada dan boleh dicagarkan [“collateral”], samada peminjam mempunyai pekerjaan yang tetap bagi memastikan peminjam ada pendapatan semasa dan masa depan [“future earning”] disamping melihat samada peminjam mempunyai “kredit rating” yang baik sebelum memutuskan untuk memberi pinjaman.

Sebab itu, aktiviti ekonomi perlu KEKAL tumbuh bagi memastikan peminjam dapat membayar “ïnterest” yang dikenakan oleh pihak bank tidak kira samada kehidupan ekonomi masyarakatnya sudah memadai tanpa perlu pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

Sebab itu hari ini semua hutan-hutan terpaksa ditebang bagi mendapatkan hasil kayu, muzik perlu dihasikan dalam bentuk “copy right” dan apa sahaja yang ada di dalam bumi dan laut termasuk kegigihan [“industriousness”] dan kepandaian [“cleverness”] seseorang perlu dihasilkan atas nama pembangunan ekonomi kerana ïnterest” perlu dibayar dan ditampung oleh masyarakat dalam sistem pertumbuhan ekonomi yang berasaskan “interest”.

3.Kos pinjaman dalam bentuk ïnterest” memberi tumpuan kekayaan kepada mereka yang kaya dan pemberi pinjaman/modal

“Interest ” tidak pernah wujud sebagai wang dalam ekonomi tetapi perlu dibayar kerana pinjaman berasaskan “interest” dibenarkan dalam sistem ekonomi moden hari ini.

Oleh kerana pertumbuhan ekonomi selalunya dan sememangnya adalah rendah dari pertumbuhan kadar “interest”, apa yang akan berlaku boleh kita semua jangkakan. Jika peminjam tidak boleh, secara agregate, membuat pembayaran “interest” melalui pertumbuhan ekonomi, mereka terpaksa, menggunakan aset dan kekayaan persendirian untuk membayar kepada peminjamnya atau memberi jaminan untuk membayarnya melalui pendapatan semasa termasuk pendapatan masa depan untuk membayar hutang mereka. Dan jika aset dan pendapatan ini tidak mencukupi, bankrupsi akan berlaku. KEGAGALAN UNTUK MEMBAYAR PASTI DAN MESTI BERLAKU KEPADA SEBAHAGIAN BESAR PEMINJAM.

Kesan akan menjadi lebih buruk apabila pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan, kerana “interest” tidak dapat perlu dibayar melalui pertumbuhan ekonomi. Oleh sebab itu pendapatan kita tidak pernah cukup walaupun sebagai contoh kita sudah bekerja lebih 40 tahun dalam kehidupan kita. Wang pencen atau EPF kalau ada pun masih tidak cukup untuk membiayai kehidupan seharian. Dan walaupun kita tidak pernah meminjam, kos “interest” tetap perlu dibayar kerana kos “interest” menyerap dalam kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan. Ramai yang akan kehilangan pekerjaan, asetnya termasuk rumah atau kereta dilelong dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Dalam keadaan ekonomi yang kekal tumbuh pula, orang ramai terpaksa bekerja siang dan malam untuk membayar kos “ïnterest” yang terhasil melalui pertumbuhan ekonomi dimana titik peluh, pendapatan semasa dan masa depan orang ramai sentiasa diperlukan, dicukaikan bagi menampung kos “interest” yang wujud akibat pinjaman.

Bukti empirikal bagaimana pemindahan kekayaan melalui ïnterest” dipindahkan dari  satu kumpulan sosial kepada kumpulan yang lain telah dibuat di Germany pada tahun 1982 dimana ketika itu kadar ïnterest” adalah 5.5%. Semua rakyat Jerman  berjumlah 2.5 juta isirumah di bahagikan kepada 10 kumpulan yang berpendapatan. Dalam masa satu tahun, pemindahan diantara 10 kumpulan ini menghasilkan jumlah kasar DM270 billion dalam bentuk “interest” yang diterima dan dibayar. Pemindahan “interest” yang tertinggi adalah dalam kategori 3-8 iaitu kumpulan kelas pertengahan kepada kumpulan 9-10 [yang terkaya] berjumlah lebih DM30 billion/DM5 billion setiap kategori. Malah kumpulan kelas terendah iaitu kumpulan 1 dan 2 juga terpaksa memindahkan “interest” kepada kumpulan 1 dan 2 sebanyak DM1.8 billion setiap tahun. Kesannya ialah kumpulan yang terkaya iaitu kumpulan 1 dan 2 menerima pemindahan kekayaan melalui “interest” sebanyak DM34.2 billion dari kumpulan 1 hingga 8 daripada tahun tersebut. Di Amerika pula, kumpulan 1% yang terkaya mempunyai kekayaan persendirian lebih dari 92% dari kekayaan kumpulan bawah yang disatukan. Aset kumpulan 500 keluarga di Amerika yang terkaya meningkat sebanyak US$2.5 trillion kepada US$85 trillion antara 1983 dan 1989.

Ini menunjukkan pemindahan kekayaan melalui aset yang berasaskan “interest”  adalah penyumbang terbesar kepada kekayaan yang dimiliki oleh pihak bank, pemegang sahamnya dan kumpulan perniagaan yang mendapat manfaat dari perniagaan yang bersifat monopoli hari ini. Sebab itu, dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh kerajaan walaupun meransang kepada pertumbuhan ekonomi  akan lambat laun membebankan rakyat akhirnya kerana pembiayaan projek-projek besar seperti konsesi jalanraya bertol dibiayai sepenuhnya melalui pinjaman berasaskan “interest” dan pembayaran “interest” itu akan dipindahkan kepada rakyat apabila menggunakannya.

Menurut Star online hari ini dengan merujuk lapuran Khazanah Research Institute, walaupun terdapat pengurangan kepada ketidaksamaan pendapatan [“income inequality”] , jurang pendapatan mutlak [“absolute earnings”] antara 20% teratas dan 80% kebawah telah bertambah dua kali ganda. Ini meletakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang masih secara relatifnya miskin. Pada tahun 2016, pendapatan isirumah dibawah RM2,000 sebulan membelanjakan 94.5% dari pendapatannya walhal keluarga yang pendapatannya lebih RM15,000 hanya berbelanja 45% dari pendapatannya. Jika kita ambil faktor inflasi, baki pendapatan mereka yang dibawah RM2,000 hanya RM76 iaitu satu pengurangan dari RM124 pada tahun 2014. Persoalannya adakah keadaan ini disebabkan sistem ekonomi Riba dimana orang ramai dibawah dalam linkungan 80% kebawah terpaksa membayar kos “interest” yang semakin meningkat lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang masih lembab hari ini.[3}

 

Kita sudah lama dalam jaringan sistem hutang yang kita sendiri terima tanpa soal. Dan krisis ekonomi dan hutang yang berpanjangan ini telah menjadi budaya dan diterima sebagai sesuatu yang biasa kerana sudah lama kita membenarkan bank-bank swasta mengambil untung “atas angin” dengan meminjam wang dalam bentuk hutang dengan sedikit kawalan yang efektif ke atas aktiviti-aktiviti mereka dan yang akhirnya semua resiko ditanggung oleh rakyat, pembayar cukai dan negara sendiri.

Bukan sahaja harga barang dan perkhidmatan yang terus naik akibat kos pembiayaan dalam bentuk “interest” ditanggung oleh orang ramai, malah secara lansung kuasa beli masyarakat semakin berkurang kerana faktor “interest”. Saya melihat ini merupakan satu “pencurian” atau  “rompakan disiang hari” yang dilindungi oleh undang-undang itu sendiri yang sepatutnya dibuat dan digubal demi  kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Apa yang membezakan seorang pencuri yang didapati bersalah mencuri dengan sistem ekonomi Riba yang sebenarnya telah mencuri kuasa beli, harta dan pendapatan semasa dan masa depan rakyat?

Akibat daripada perlindungan undang-undang, kepentingan peribadi dan keperluan politik yang wujud untuk membangunkan ekonomi secara pesat, sistem ekonomi kita hari ini telah menggalakkan kerakusan segelintir pemodal terhadap rakyat terbanyak.

Sistem ekonomi Riba telah merosakkan kepercayaan kita terhadap pasaran ekonomi yang bukan sahaja patut melindungi kekayaan dan kemajuan sesuatu bangsa tetapi juga jiwa raga kita.

Hari ini, isu dan pertambahan kronisma, nepotisma, korupsi, ketirisan dan jenayah dalam politik dan masyarakat banyak disebabkan oleh faktor utama iaitu sistem ekonomi riba. Terdapat keperluan untuk membuat lebih banyak penemuan empirikal antara hubungan kronisma, nepotisma, korupsi, ketirisan dan jenayah dengan sistem ekonomi riba. Sudah tentu mereka yang mencuri dan merompak dalam kes-kes jenayah adalah bersalah bila dibuktikan niatnya dan bukti pengambilan harta tanpa izin dan kebenaran. Tetapi apa “motif” dan punca sebenarnya pencuri-pencuri ini? Terutamanya bila kita lihat dan dapati banyak kes-kes jenayah ini dan masalah sosial yang berlaku adalah dikalangan mereka yang miskin, kurang pendidikan dan berlatar belakang keluarga yang tidak stabil kedudukan ekonominya.

Bagi Islam pula, sistem ini juga menyebabkan kita kembali kepada budaya jahiliyah dan hedonisma, dan menjauhkan kita untuk mencapai  objektif-objektif Maqasid Syariah.

Ditulis pada 15.10.2018

Rujukan:-

1.Statistik Bank Negara

2.Steve Barker di Parlimen British pada 20.11.2014

dan di youtube

3.https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/15/study-malaysias-income-gap-doubled-in-two-decades/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *