Dalam Sistem Riba, Solusi dan Demokrasi yang ada masih tempang

A.Pertentangan kelas dalam sistem Riba

Dalam sistem ekonomi yang berasaskan “interest”/Riba, pertentangan antara golongan yang kaya dan miskin tidak boleh dielakkan. Adalah mustahil secara matematik untuk memastikan rakyat terbanyak untuk hidup dan berkongsi kekayaan dan hasil negara kerana proses penciptaan wang berasaskan “interest” itu sendiri memastikan wang tidak cukup berbanding dengan wang dalam bentuk hutang dan “interest”.  Ini melahirkan persaingan yang tidak sihat antara dua kumpulan. Kumpulan Kaya/Pemodal yang memberi pinjaman sentiasa mendapat keuntungan berbanding dengan kumpulan yang meminjam. Hari ini hutang juga dianggap sebagai wang dan bank-bank swasta diberi kuasa untuk mencipta wang melalui pinjaman[1]. Wang dan hutang dianggap sebagai komoditi yang boleh dipinjam dan dikenakan “interest”.  Persaingan antara dua kumpulan ini akan memberi kesan kepada penumpuan kekayaan dipindahkan kepada kumpulan Kaya/Pemodal daripada kumpulan yang miskin.[2]

Hari ini, hutang digunakan bagi menjadikan memperhambakan masyarakat moden bagi kepentingan kumpulan Kaya/Pemodal.[3]

B.Solusi melalui Pengagihan Semula Kekayaan

Pengagihan Semula Kekayaan dalam sistem Riba merupakan dasar utama yang dilakukan bagi mengelak dan mengurangkan pertelingkahan dan ketegangan antara kumpulan yang kaya dan miskin. Prinsip ini jelas digunapakai semasa pertumbuhan ekonomi perlahan/ lembab.

Pada dasarnya, kumpulan Kaya/Pemodal menentang pengagihan semula kekayaan kerana kekayaan mereka yang perlu diagihkan semula. Sebab itu selalunya pembuat dasar dalam sistem Riba cuba untuk mengimbangi di antara pengagihan semula kekayaan dan pemeliharaan kekayaan bagi memastikan pengagihan semula adalah pada kadar yang minimum untuk kestabilan sosial-politik semata-mata. Kebajikan majoriti rakyat bukan objektif utama dalam sistem berasaskan “interest”/Riba.

Secara tradisi, kerajaan yang liberal akan cuba menyusun semula penumpuan kekayaan dengan polisi yang bersifat pengagihan semula kekayaan seperti:-

  • Cukai pendapatan yang progresif;
  • Pencukaian keatas harta-pusaka;
  • Pelbagai program kebajikan sosial;
  • Pendapatan minimum yang tinggi;
  • Program kesihatan untuk semua;
  • Pendidikan percuma untuk pengajian tinggi;

Walaupun cukai yang tinggi dikenakan kepada kumpulan Kaya/ Pemodal untuk perbelanjaan bagi program yang liberal, ia memberi manfaat pada semua pihak secara saksama dan ini memberi kebaikan pada golongan miskin. Ia dapat mengurangkan atau meredakan penumpuan kekayaan kepada kumpulan Kaya/Pemodal walaupun secara jangka pendek ia menjejaskan kepentingan kumpulan Kaya/Pemodal.

Tetapi polisi seperti diatas tidak mudah diterjemahkan untuk jangkamasa yang panjang kerana kerajaan yang bersifat lebih konservatif iaitu dipengaruhi oleh kumpulan Kaya/Pemodal, mereka akan melihat bahawa penumpuan kekayaan dan persaingan yang wujud adalah sesuatu yang baik. Ia merangsang aktiviti dan pertumbuhan ekonomi disamping mencipta teknologi dan memberi peluang kepada inovasi dan kreativiti manusia.

 Kronisma

 Nepotisma

Jika kamu seorang yang kaya, penumpuan kekayaan bermakna lebih untuk kamu dan kurang untuk semua orang yang lain. Kuasa, Pangkat, kawalan keatas sumber dan keistimewaan amat menarik sekali bagi pemerintah yang “berkhidmat” kepada kepentingan jangka-pendek kumpulan Kaya/Pemodal dan oleh itu mereka akan melaksanakan polisi seperti berikut:-

  • Cukai pendapatan yang sekata [flat-rate income tax];
  • Pengurangan/penghapusan cukai harta pusaka;
  • Pengurangan program kebajikan sosial;
  • Menswastakan aset-aset strategik Negara;

C.Halangan dan cabaran kepada Pengagihan Semula Kekayaan

Walaubagaimanapun dalam sistem Riba, untuk mengimbangi kepentingan jangka pendek kumpulan Kaya/Pemodal dan kepentingan jangka-panjang orang ramai bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Cukai yang tinggi kepada pendapatan walaupun bersifat progresif hanya melibatkan mereka yang berpendapatan tinggi tetapi tidak kepada mereka yang memiliki kekayaan dan aset peribadi yang besar [tanah, ladang, saham, stok,emas dsbnya]. Pelbagai cara yang digunakan oleh kumpulan Kaya/Pemodal samada dalam bentuk dan perlindungan undang-undang atau sebaliknya bagi memastikan kekayaan yang dimiliki tidak dikenakan cukai atau dikenakan pada kadar yang minimum.

Ringkasnya, samada polisi lebih liberal atau lebih konservatif, ia tetap memihak kepada kumpulan Kaya/Pemodal. Ini adalah kerana dalam situasi pertumbuhan ekonomi meningkat, “interest ” dibayar melalui pertumbuhan ekonomi dan juga “dicuri” dari titik peluh orang ramai dengan mengambil sebahagian daripada pendapatan semasa dan pendapatan masa depan mereka termasuk semasa mereka berbelanja untuk membeli barangan dan perkhidmatan tetapi apabila ekonomi MERUDUM, “interest” masih tetap dibayar samada dengan mengambil aset persendirian/ “collateral” [kereta/rumah/ dsbnya] jika peminjam gagal membayar hutangnya, dan jika masih gagal, proses bankrupsi akan dilakukan termasuk memastikan hutang itu nanti dibayar oleh waris penghutang atau generasi akan datang.

Bagi sesebuah negara yang berhutang dengan peminjam kewangan antarabangsa ,ini akan menjadi lebih buruk jika gagal untuk membayar hutang tersebut. Jarang sekali pemerintah sesebuah negara, demokratik atau sebaliknya yang gagal atau cuba untuk mengelak daripada membayar hutang negara mereka.  JIka mereka berbuat demikan, mereka akan menghadapi pelbagai bentuk serangan dan ancaman. Media dunia digunakan untuk mengecam mereka, pasaran bon akan menentang mereka, mereka akan dilabel sebagai “tidak bertanggungjawab”, “tidak demokratik”; penentang politik mereka akan disokong dan dibiayai oleh pihak peminjam ini;malah negara itu dan pemerintahnya sendiri akan menjadi sasaran untuk rampasan kuasa dan pencerobohan.[4]

D. Demokrasi dan kesimpulan

Banyak negara yang bermodelkan demokrasi dengan sistem pilihanraya dan konsep pemisahan kuasa antara legislatif, esekutif dan kehakiman, walaupun dikatakan maju dan demokratik dari aspek hak asasi dengan pembangunan ekonomi yang pesat, masih wujud jurang yang besar antara golongan yang kaya dan miskin. Negara maju ini masih berhadapan dengan krisis ekonomi, dengan hutang dan cukai yang tinggi, budjet kerajaan defisit, inflasi dan kos hidup yang tinggi. MENGAPA?

Penulis masih dan tetap berpendapat bahawa sistem yang berasaskan “interest”/Riba adalah punca struktural kepada krisis nilai,kepercayaan, budaya,ekonomi, politik,pendidikan dan sosial dalam kehidupan masyarakat moden hari ini. Tuntutan Demokrasi atau kuasa rakyat dalam sistem Riba tidak dapat merealisasikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan negara umumnya.

Melihat lebih jauh  lagi kesan sistem Riba, tidak ada bezanya kumpulan yang dilindungi oleh undang-undang,  “mencuri” dan “merompak” keringat,hasil, harta rakyat dan negara  dengan kumpulan yang melanggar undang-undang jenayah kerana sabitan mencuri dsbnya.

Terdapat solusi yang komprehesif yang dapat dilaksanakan bagi mencegah dan seterusnya menghapuskan sistem ekonomi Riba.

Pembatalan sistem hutang yang berasaskan “interest” adalah langkah pertama yang strategik kearah sistem ekonomi tanpa Riba. Tanpa Riba, kita  dapat melahirkan masyarakat yang lebih  penyayang, bekerjasama, saling hormat-menghormati dan berilmu.

Bagi umat islam, memerangi dan menghapuskan Riba secara strategik, berhemah, berdisiplin, berkumpulan dan berilmu adalah selaras dengan pengistiharan perang terhadap amalan Riba oleh Allah swt  dan Rasulnya demi mencapai objektif maqasid syariah.

21.10.2018

Rujukan:

1. Bank adalah skim penipuan terbesar di dunia

2.Bagaimana sistem Riba menyebabkan pengagihan semula kekayaan tetap kepada kumpulan kaya/pemodal

3.IMF dan Bank Dunia sebagai senjata utama bagi memperhambakan masyarakat dunia

4.Confessions of an Economic Hitman

Riba lahirkan pencuri

Pengenalan

Kelemahan utama dalam sistem Riba Ekonomi yang berasaskan Wang Fiat dan “interest” dalam sistem monetari dan perbankan ialah sistem itu sendirinya “mencuri” atau “merompak” kuasa beli, aset dan pendapatan rakyat termasuk hasil negara.

Jika rakyat memahami bagaimana pengeluaran wang berlaku hari ini, mereka akan sedar betapa korupnya kehidupan masyarakat hari ini baik dalam aktiviti politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan termasuk cara cara kita berfikir hari ini AKBAT dari kehidupan kita yang dikawal sepenuhnya oleh sistem wang yang berasaskan “ïnterest”.

Hari ini, walaupun negara kita mempunyai kuasa mutlak dalam pengeluaran wang kertas dan shiling melalui bank pusat, kuasa mutlak ini sebenarnya satu “ilusi” dan tiada maknanya kerana bank-bank swasta juga dibenarkan untuk mencipta wang dalam bentuk pinjaman dan pinjaman atau hutang ini bersamaan dengan wang kertas dan shiling yang dikeluarkan oleh bank pusat. Malah wang ciptaan bank-bank swasta lebih banyak daripada apa yang dicetak oleh bank pusat.

Mengikut statistik Bank Negara bulan Ogos 2018, wang kertas dan shiling dalam edaran dalam ekonomi adalah berjumlah RM94.5 billion tetapi wang yang dicipta dalam bentuk hutang termasuk “interest”nya sudah mencapai hampir RM1.8 trillion.[1]  Ini menunjukkan penawaran wang bertambah dalam bentuk hutang yang dicipta oleh bank-bank swasta. Apa kesannya kepada ekonomi dan rakyat amnya? 

Seperti kita sedia maklum bahawa adalah menjadi kesalahan jenayah kepada sesiapa yang membuat wang kertas dan shiling palsu, tetapi bank-bank swasta mempunyai lesen dengan kebenaran kerajaan untuk mencipta wang dengan pengenaan “interest” pula.[2] Adakah ini baik untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat?

Kesan penciptaan wang oleh Bank-Bank Swasta

1.Kos pinjaman dalam bentuk ïnterest” menyebabkan persaingan yang sengit dalam pasaran ekonomi

Oleh kerana ïnterest”tidak wujud sebagai wang dalam ekonomi, apabila pengenaan ïnterest” berlaku dalam pinjaman, wujudnya persaingan, kegoyahan dan ketamakan dalam pasaran ekonomi. Orang ramai tidak lagi bersikap untuk bekerjasama atau membantu mereka yang susah kerana semua orang terpaksa mencari wang untuk membayar hutangnya yang dikenakan ïnterest”. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan harta mereka yang dicagarkan akan diambil oleh pihak bank. Sebab itu sektor pinjaman perumahan dan kenderaan adalah sektor yang paling mudah kita lihat bagaimana persaingan yang sengit berlaku dikalangan orang ramai untuk meminjam kerana semua orang perlukan rumah dan kenderaan sebagai komponen asas dalam kehidupan moden hari ini.

2.Kos pinjaman dalam bentuk ïnterest” memastikan pengeluaran ekonomi MESTI KEKAL bertambah.

Pihak bank tidak akan meminjamkan wang jika peminjamnya tidak menunjukkan bagaimana pinjaman itu boleh menghasilkan pertumbuhan ekonomi. “Interest” mesti dibayar melalui pertumbuhan ekonomi. Ini asasnya.

Pihak bank juga akan memastikan aset peminjam ada dan boleh dicagarkan [“collateral”], samada peminjam mempunyai pekerjaan yang tetap bagi memastikan peminjam ada pendapatan semasa dan masa depan [“future earning”] disamping melihat samada peminjam mempunyai “kredit rating” yang baik sebelum memutuskan untuk memberi pinjaman.

Sebab itu, aktiviti ekonomi perlu KEKAL tumbuh bagi memastikan peminjam dapat membayar “ïnterest” yang dikenakan oleh pihak bank tidak kira samada kehidupan ekonomi masyarakatnya sudah memadai tanpa perlu pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

Sebab itu hari ini semua hutan-hutan terpaksa ditebang bagi mendapatkan hasil kayu, muzik perlu dihasikan dalam bentuk “copy right” dan apa sahaja yang ada di dalam bumi dan laut termasuk kegigihan [“industriousness”] dan kepandaian [“cleverness”] seseorang perlu dihasilkan atas nama pembangunan ekonomi kerana ïnterest” perlu dibayar dan ditampung oleh masyarakat dalam sistem pertumbuhan ekonomi yang berasaskan “interest”.

3.Kos pinjaman dalam bentuk ïnterest” memberi tumpuan kekayaan kepada mereka yang kaya dan pemberi pinjaman/modal

“Interest ” tidak pernah wujud sebagai wang dalam ekonomi tetapi perlu dibayar kerana pinjaman berasaskan “interest” dibenarkan dalam sistem ekonomi moden hari ini.

Oleh kerana pertumbuhan ekonomi selalunya dan sememangnya adalah rendah dari pertumbuhan kadar “interest”, apa yang akan berlaku boleh kita semua jangkakan. Jika peminjam tidak boleh, secara agregate, membuat pembayaran “interest” melalui pertumbuhan ekonomi, mereka terpaksa, menggunakan aset dan kekayaan persendirian untuk membayar kepada peminjamnya atau memberi jaminan untuk membayarnya melalui pendapatan semasa termasuk pendapatan masa depan untuk membayar hutang mereka. Dan jika aset dan pendapatan ini tidak mencukupi, bankrupsi akan berlaku. KEGAGALAN UNTUK MEMBAYAR PASTI DAN MESTI BERLAKU KEPADA SEBAHAGIAN BESAR PEMINJAM.

Kesan akan menjadi lebih buruk apabila pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan, kerana “interest” tidak dapat perlu dibayar melalui pertumbuhan ekonomi. Oleh sebab itu pendapatan kita tidak pernah cukup walaupun sebagai contoh kita sudah bekerja lebih 40 tahun dalam kehidupan kita. Wang pencen atau EPF kalau ada pun masih tidak cukup untuk membiayai kehidupan seharian. Dan walaupun kita tidak pernah meminjam, kos “interest” tetap perlu dibayar kerana kos “interest” menyerap dalam kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan. Ramai yang akan kehilangan pekerjaan, asetnya termasuk rumah atau kereta dilelong dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Dalam keadaan ekonomi yang kekal tumbuh pula, orang ramai terpaksa bekerja siang dan malam untuk membayar kos “ïnterest” yang terhasil melalui pertumbuhan ekonomi dimana titik peluh, pendapatan semasa dan masa depan orang ramai sentiasa diperlukan, dicukaikan bagi menampung kos “interest” yang wujud akibat pinjaman.

Bukti empirikal bagaimana pemindahan kekayaan melalui ïnterest” dipindahkan dari  satu kumpulan sosial kepada kumpulan yang lain telah dibuat di Germany pada tahun 1982 dimana ketika itu kadar ïnterest” adalah 5.5%. Semua rakyat Jerman  berjumlah 2.5 juta isirumah di bahagikan kepada 10 kumpulan yang berpendapatan. Dalam masa satu tahun, pemindahan diantara 10 kumpulan ini menghasilkan jumlah kasar DM270 billion dalam bentuk “interest” yang diterima dan dibayar. Pemindahan “interest” yang tertinggi adalah dalam kategori 3-8 iaitu kumpulan kelas pertengahan kepada kumpulan 9-10 [yang terkaya] berjumlah lebih DM30 billion/DM5 billion setiap kategori. Malah kumpulan kelas terendah iaitu kumpulan 1 dan 2 juga terpaksa memindahkan “interest” kepada kumpulan 1 dan 2 sebanyak DM1.8 billion setiap tahun. Kesannya ialah kumpulan yang terkaya iaitu kumpulan 1 dan 2 menerima pemindahan kekayaan melalui “interest” sebanyak DM34.2 billion dari kumpulan 1 hingga 8 daripada tahun tersebut. Di Amerika pula, kumpulan 1% yang terkaya mempunyai kekayaan persendirian lebih dari 92% dari kekayaan kumpulan bawah yang disatukan. Aset kumpulan 500 keluarga di Amerika yang terkaya meningkat sebanyak US$2.5 trillion kepada US$85 trillion antara 1983 dan 1989.

Ini menunjukkan pemindahan kekayaan melalui aset yang berasaskan “interest”  adalah penyumbang terbesar kepada kekayaan yang dimiliki oleh pihak bank, pemegang sahamnya dan kumpulan perniagaan yang mendapat manfaat dari perniagaan yang bersifat monopoli hari ini. Sebab itu, dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh kerajaan walaupun meransang kepada pertumbuhan ekonomi  akan lambat laun membebankan rakyat akhirnya kerana pembiayaan projek-projek besar seperti konsesi jalanraya bertol dibiayai sepenuhnya melalui pinjaman berasaskan “interest” dan pembayaran “interest” itu akan dipindahkan kepada rakyat apabila menggunakannya.

Menurut Star online hari ini dengan merujuk lapuran Khazanah Research Institute, walaupun terdapat pengurangan kepada ketidaksamaan pendapatan [“income inequality”] , jurang pendapatan mutlak [“absolute earnings”] antara 20% teratas dan 80% kebawah telah bertambah dua kali ganda. Ini meletakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang masih secara relatifnya miskin. Pada tahun 2016, pendapatan isirumah dibawah RM2,000 sebulan membelanjakan 94.5% dari pendapatannya walhal keluarga yang pendapatannya lebih RM15,000 hanya berbelanja 45% dari pendapatannya. Jika kita ambil faktor inflasi, baki pendapatan mereka yang dibawah RM2,000 hanya RM76 iaitu satu pengurangan dari RM124 pada tahun 2014. Persoalannya adakah keadaan ini disebabkan sistem ekonomi Riba dimana orang ramai dibawah dalam linkungan 80% kebawah terpaksa membayar kos “interest” yang semakin meningkat lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang masih lembab hari ini.[3}

 

Kita sudah lama dalam jaringan sistem hutang yang kita sendiri terima tanpa soal. Dan krisis ekonomi dan hutang yang berpanjangan ini telah menjadi budaya dan diterima sebagai sesuatu yang biasa kerana sudah lama kita membenarkan bank-bank swasta mengambil untung “atas angin” dengan meminjam wang dalam bentuk hutang dengan sedikit kawalan yang efektif ke atas aktiviti-aktiviti mereka dan yang akhirnya semua resiko ditanggung oleh rakyat, pembayar cukai dan negara sendiri.

Bukan sahaja harga barang dan perkhidmatan yang terus naik akibat kos pembiayaan dalam bentuk “interest” ditanggung oleh orang ramai, malah secara lansung kuasa beli masyarakat semakin berkurang kerana faktor “interest”. Saya melihat ini merupakan satu “pencurian” atau  “rompakan disiang hari” yang dilindungi oleh undang-undang itu sendiri yang sepatutnya dibuat dan digubal demi  kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Apa yang membezakan seorang pencuri yang didapati bersalah mencuri dengan sistem ekonomi Riba yang sebenarnya telah mencuri kuasa beli, harta dan pendapatan semasa dan masa depan rakyat?

Akibat daripada perlindungan undang-undang, kepentingan peribadi dan keperluan politik yang wujud untuk membangunkan ekonomi secara pesat, sistem ekonomi kita hari ini telah menggalakkan kerakusan segelintir pemodal terhadap rakyat terbanyak.

Sistem ekonomi Riba telah merosakkan kepercayaan kita terhadap pasaran ekonomi yang bukan sahaja patut melindungi kekayaan dan kemajuan sesuatu bangsa tetapi juga jiwa raga kita.

Hari ini, isu dan pertambahan kronisma, nepotisma, korupsi, ketirisan dan jenayah dalam politik dan masyarakat banyak disebabkan oleh faktor utama iaitu sistem ekonomi riba. Terdapat keperluan untuk membuat lebih banyak penemuan empirikal antara hubungan kronisma, nepotisma, korupsi, ketirisan dan jenayah dengan sistem ekonomi riba. Sudah tentu mereka yang mencuri dan merompak dalam kes-kes jenayah adalah bersalah bila dibuktikan niatnya dan bukti pengambilan harta tanpa izin dan kebenaran. Tetapi apa “motif” dan punca sebenarnya pencuri-pencuri ini? Terutamanya bila kita lihat dan dapati banyak kes-kes jenayah ini dan masalah sosial yang berlaku adalah dikalangan mereka yang miskin, kurang pendidikan dan berlatar belakang keluarga yang tidak stabil kedudukan ekonominya.

Bagi Islam pula, sistem ini juga menyebabkan kita kembali kepada budaya jahiliyah dan hedonisma, dan menjauhkan kita untuk mencapai  objektif-objektif Maqasid Syariah.

Ditulis pada 15.10.2018

Rujukan:-

1.Statistik Bank Negara

2.Steve Barker di Parlimen British pada 20.11.2014

dan di youtube

3.https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/15/study-malaysias-income-gap-doubled-in-two-decades/

 

Ibu Tunggal Melacur: Masalah Moral Semata-mata atau Kesan Ekonomi Riba?

 

Latarbelakang kes:

Pada  27/9/2018 seorang janda anak satu mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu kerana cuba melacurkan diri demi menyara anaknya. Beliau  merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan terpaksa mencari rezeki untuk anak tunggalnya yang berusia tujuh tahun dan terpaksa memilih pekerjaan ini disebabkan terdesak untuk mendapatkan wang. Walaupun begitu Mahkamah menolak alasan beliau “Alasan terpaksa melacurkan diri kerana diceraikan suami tanpa nafkah tidak dapat diterima. Dua pekerjaan (jurujual pasar raya dan pencanting batik) dilakukannya dan latar belakangnya me­netap di Kota Bahru (Kelantan) dengan kos sara hidup tidak tinggi sudah mencukupi untuk menyara diri dan anak,”.

Kes begini mengundang kita untuk berfikir samada kos sara hidup yang tinggi hari ini akibat sistem Ekonomi Riba adalah penyebab utama bagi ibu tunggal ini untuk melacurkan diri bagi mendapatkan wang dengan jalan yang mudah bagi menampung keperluan harian beliau dan anaknya.

Persoalannya berapa ramai ibu tunggal yang berhadapan dengan kes yang sama seperti ini?

Pada tahun 2008, Ketua Hakim Syarie, Datuk Ibrahim Lembut mendedahkan terdapat 2 ibu tunggal di Pulau Pinang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang cuci dan mendakwa mereka terpaksa melacurkan diri untuk menyara anak mereka. Lebih mengejutkan, mereka dibayar pelanggan secara ansuran. Bekas suami 2 wanita terbabit dikatakan gagal menjelaskan nafkah anak-anak biarpun Mahkamah Syariah telah mengeluarkan perintah terbabit sejak 3 tahun lalu.

Ini menunjukkan walaupun undang-undang boleh mensabitkan mereka bersalah, persoalannya ialah adakah dengan bukti pelacuran atau pengakuan mereka sudah cukup untuk kita menghukum mereka dan menyelesaikan masalah yang  dihadapi oleh kebanyakkan ibu-ibu tunggal yang terpaksa menyara kehidupan dan anak-anak mereka apabila mereka terpaksa bercerai dan nafkah tidak diberikan oleh bekas suami mereka. Apatah lagi undang-undang syariah tidak efektif bagi memastikan bekas suami mereka untuk membayar nafkah kepada anak-anak yang ditinggalkan kepada bekas isteri mereka. Pengalaman saya sebagai peguam mendapati banyak kes-kes penceraian dimana ibu-ibu tunggal ini dibiarkan sahaja oleh bekas suaminya tanpa memberi nafkah kepada anak-anaknya. Bagaimana pula mereka yang kematian suami tanpa meninggalkan apa-apa harta?

Dengan kos hidup yang tinggi hari ini disebabkan sistem ekonomi Riba dimana kos barang-barang dan perkhidmatan yang sentiasa meningkat, ibu-ibu tunggal ini terpaksa berdepan dengan pelbagai kos seperti membayar rumah sewa, kos pelajaran anak-anak dan keperluan rumah. Rata-rata Ibu tunggal ini menghadapi kesukaran mendapat pekerjaan yang menghasilkan pendapatan tinggi, tiada kemahiran, tiada kerja sampingan, hanya mengharapkan satu pekerjaan dengan gaji yang rendah dan tiada wang simpanan.

Saya pernah diberitahu oleh rakan saya dimana ada ramai ibu-ibu tunggal yang bukan Muslim yang juga terpaksa berdepan dengan kos sara  hidup yang tinggi dan mereka terpaksa bekerja di kelab-kelab karaoke bagi melayan lelaki-lelaki disitu.

Pada tahun 2016, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata statistik Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 mendapati bilangan penduduk wanita di Malaysia adalah seramai 13.9 juta dengan 235,240 daripadanya ibu tunggal. Daripada 235,240 orang, hanya 83,775 ibu tunggal berdaftar dengan JPW. Selebihnya kita tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka?

Angka ini amat besar iaitu hampir 17% wanita Malaysia adalah ibu tunggal. Ini adalah statistik 2010. Bagaimana sekarang?Mungkin sudah 20% dan ini bermakna setiap 5 wanita , satu akan dan sudah jadi ibu tunggal?

Dengan inflasi yang tetap meningkat akibat dari sistem ekonomi Riba, saya percaya ramai lagi Ibu-Ibu tunggal yang terpaksa menghadapi pelbagai keperitan bagi mendapatkan wang yang cukup untuk menampung keperluan keluarga dan sebahagian dari ibu-ibu tunggal ini “terpaksa melacurkan diri” demi mendapatkan wang yang mudah bagi menyara kehidupan keluarga mereka.

Adalah perlu satu kajian empirikal dibuat bagi mengenal pasti samada kes-kes ibu tunggal yang terpaksa melacur kerana berdepan kos sara hidup yang tinggi merupakan kes terpencil atau sudah menjadi “api dalam sekam”. Adakah kita perlu tunggu perkara ini jadi isu nasional baru kita bertindak?

Patutkah kes ibu tunggal yang terpaksa melacur ini cuma dinilai dari segi moral sahaja dan hanya merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan oleh undang-undang?

Kemiskinan yang dihadapi oleh ibu-ibu tunggal ini jika tidak dibendung secara berkesan akan menyebabkan anak-anak di bawah tanggungan mereka akan mewarisi kemiskinan daripada ibu mereka.

Mungkinkah isu pelacuran ibu tunggal ini satu refleksi masalah ekonomi dalaman yang lebih besar kerana hari ini kos sara hidup yang semakin meningkat disebabkan sistem ekonomi Riba yang kita terima pakai dalam sistem ekonomi negara?

12.SELAMATKAN TANAHAIRKU :BEBAS RIBA AMAN MALAYSIA

Untuk elak ditimpa bala

Jadikan Riba musuh utama

Ayuh rakyat bangun semuanya

Supaya akidah tetap terjaga

 

Supaya akidah tetap terjaga

Bantu membantu amalan kita

Tolak persaingan budaya gila

Kesatuan ummah akan terbina

 

Nasi lemak ikan bilis

Dgn keluarga makan bersama

Sistem Riba tunjak kapitalis

Inflasi meningkat rakyat merana

 

Sistem Riba tunjak kapitalis

Inflasi meningkat rakyat merana

Demokrasi tempang Negara Polis

Rakyat gelisah setiap masa

 

Demokrasi tempang Negara Polis

Rakyat gelisah setiap masa

Harapan rakyat semakin tipis

Bank swasta tetap kaya

 

Harapan rakyat semakin tipis

Bank swasta tetap kaya

Pengemis jalanan perut Kempis

GST/SST berjalan seperti biasa

 

Pengemis jalanan perut Kempis

GST/SST berjalan seperti biasa

Hutang meningkat negara muflis

Rasuah jenayah jadi budaya

 

Hutang meningkat negara muflis

Rasuah jenayah jadi budaya

Politik kini mainan iblis

Rakyat keliru sentiasa

 

Politik kini mainan iblis

Rakyat keliru sentiasa

Budaya ilmu sudah tipis

Internet berselfie jadi budaya

 

Budaya ilmu sudah tipis

Internet berselfie jadi budaya

Ada politik pakai keris

Buat malu pada bangsa

 

Ada politik pakai keris

Buat malu pada bangsa

Juara perkauman rakyat mengemis

Bank swasta selamat setiap masa

 

Juara perkauman rakyat mengemis

Bank swasta selamat setiap masa

Bila pula rakyat nak tepis

Demi negara Anak bangsa

 

Bila pula rakyat nak tepis

Demi negara Anak bangsa

Dana negara sudah tiris

Gendang perang sudah bermula

 

Dana negara sudah tiris

Gendang perang sudah bermula

Peluang dakwah sudah tipis

Ayuh bangkit pejuang negara

11.SELAMATKAN TANAHAIRKU :BEBAS RIBA AMAN MALAYSIA

Hak bangsa akan terjaga

Bila Wang penyimpan nilai

Monopoli spekulasi hapus hendaknya

Wang jadi penentu nilai

 

Faedah hasilkan untung

Pinjam berkali-kali Wang yang sama

Buka bank memang untung

Atas keringat rakyat jelata

 

Atas keringat rakyat jelata

Ekonomi hutang kian bertambah

Persaingan pula jadi budaya

Rakyat miskin kroni yang kaya

 

Rakyat miskin kroni yang kaya

Bank Negara punca segala

Bank swasta mencari mangsa

Politik perkauman senjata utama

 

Politik perkauman senjata utama

Isu ranting bahan perbualan

Fitnah rasuah bebas menular

Sistem Riba tetap berjalan

 

Sistem Riba tetap berjalan

Legal tender Wang yang haram

Ulama dibayar setiap bulan

Harus semuanya negara karam

 

Harus semuanya negara karam

Undang diguna lindungi penyamun

Dunia kini penuh sumbang mahram

Lbgt liberal jadi tamadun

 

Lbgt liberal jadi tamadun

Kebebasan mutlak runtuh moral

Anak bangsa hilang santun

Anak cucu kena viral

 

Anak cucu kenal viral

Tamadun manusia sudah runtuh

Wang Riba pembunuh serial

Maqasid syariah kian runtuh

 

Maqasid syariah kian runtuh

Ayuh bangun jaga harta

Isu ekonomi perlu disentuh

Untuk elak ditimpa bala

 

 

 

10.SELAMATKAN TANAHAIRKU :BEBAS RIBA AMAN MALAYSIA

Nasib rakyat akan terbela

Parlimen rakyat kawal semua

Wang cetak Wang cipta

Aliran tunai baik semuanya

 

Aliran tunai baik semuanya

Tidak kira suku bangsa agama

Malaysia contoh antarabangsa

Negara tanpa ekonomi Riba

 

Negara tanpa ekonomi Riba

Orang pencen wangnya stabil

Anak muda belajar percuma

Peniaga dibantu besar dan kecil

 

Peniaga dibantu besar dan kecil

Pertanian industri ekonomi negara

Harga barangan lebih stabil

Rumah dimiliki untuk semua

 

Rumah dimiliki untuk semua

Cukai rakyat lebih mesra

Kerajaan adil dan saksama

Institusi kehakiman berjalan lancar

 

Institusi kehakiman berjalan lancar

Tiada lagi hakim.yang bebal

Proses undang adil semuanya

Tiada lagi kroni yang kebal

 

Tiada lagi kroni yang kebal

Pemimpin korup tiada lagi

Menteri bijak tidak bebal

Rakyat cerdik nilai murni

 

Rakyat cerdik nilai murni

Bank Awam kerajaan enjin ekonomi

Kroni kapitalis akan mati

Merakyat ekonomi janji ditepati

 

Kesatuan ummah akan terbina

Bila sistem Wang fiat sudah musnah

Kuatkan semangat demi agama

Maju negara maju bangsa

 

Maju negara maju bangsa

Hilang Riba demokrasi kaya

Ekonomi adil rakyat sejahtera

Hak bangsa akan terjaga

 

 

 

Hak bangsa akan terjaga

Bila Wang penyimpan nilai

Monopoli spekulasi hapus hendaknya

Wang jadi penentu nilai

 

 

9.SELAMATKAN TANAHAIRKU :BEBAS RIBA AMAN MALAYSIA

Dari lahir Riba di doktrinkan

Agar Sistem Riba dibudayakan

Apa sahaja Rakyat perjuangkan

Rakyat Marhaen masih tertekan

 

Sistem Riba puncak kejahatan

Trajedi dan ujian akhir zaman

Wang Riba jadi rebutan

Kejar hutang hilang kawan

 

Kajian Wang teori ekonomi

Cara yang rumit digunakan

Supaya kebenaran tidak diketahui

Perhambaan abdi moden diteruskan

 

Ayuh bangun kita revolusi

Revolusi minda sebelum bahas

Kalau kita masih makan di ‘KFC’

Nampak gaya memang terbabas

 

Sistem Riba amat dasyat

Dibantu pula oleh Dajal

Suratan Takdir beri isyarat

Kita bertempur sebelum ajal

 

Kejar Riba hilang kawan

Pemimpin korup tidak terkira

Kehidupan palsu jadi ikutan

Rakyat marhaen jadi mangsa

 

Rakyat marhaen jadi mangsa

Akibat Riba tipu demokrasi

Rakyat pengundi terbabit sama

Harapan tetap pada Ilahi

 

Harapan tetap pada Ilahi

Jangan percaya tanpa periksa

Ayuh!Bangkit jangan kelahi

Supaya rakyat diperkasa

 

Supaya rakyat diperkasa

Hapuskan monopoli ekonomi Riba

Gerak kerja mesti bersama

Jihad berterusan setiap masa

 

Jihad berterusan setiap masa

Musuh sentiasa menipu kita

Bila  hutang ekonomi sudah tiada

Baru aman adil sejahtera

 

Baru aman adil sejahtera

Bila  Riba sudah tiada

Politik nilai akan terlaksana

Nasib rakyat akan terbela

 

 

 

8.SELAMATKAN TANAHAIRKU :BEBAS RIBA AMAN MALAYSIA

Hutang PTPN makin meningkat

Janji Manifesto janji dimungkiri

Pemimpin baru walaupun hebat

Sistem Riba mereka ikuti

 

Bank Awam kawal Wang

Ekonomi bebas tujuan utama

Demi keluhuran undang- undang

Barulah demokrasi terpelihara

 

Sejarah manusia politik ekonomi

Pangkat,Harta jadi tumpuan

Jalan pintas mesti curi

Undang Riba lindungi penipuan

 

Kita rakyat mesti celik

Barulah kita boleh Bangkit

Sistem Riba banyak penyakit

Tak buang mesti sakit

 

Wang hutang RM1700 billion

RM92 billion dalam edaran

Kita sudah tiada opsyen

Negara musnah sudah berzaman

 

PRU pilihanraya rakyat

Untuk bawa harapan baru

Jika isu Riba tidak diangkat

Negara masih kawalan Penipu

 

Pokok isu ialah Riba

Kerana negara sudah tenat

Kalau kita masih leka

Senyap senyap kena kerat

 

Sedang tidurpun barang naik

Takde hutangpun tetap inflasi

Bank negara memang terbabit

Bank swasta memang ‘langsi’

 

Dah 150 tahun Riba berakar

Masuk senyap tanpa kabar

Wang ‘kupang’ kita sudah bertukar

Bank note pula jadi utama

 

Cukup sudah kena tipu

Dah ‘merdeka’ masih layu

Ekonomi Riba  butakan ilmu

Supaya rakyat otak kayu

 

 

 

7.SELAMATKAN TANAHAIRKU :BEBAS RIBA AMAN MALAYSIA

Kebajikan rakyat diutamakan

Tolak Riba dengan tegas

Ekonomi bebas Riba diutamakan

Rakyat sejahtera negara bebas

 

Kita ingat politik perkauman

Atau mungkin isu agama

Apa mungkin teman teman

Isu Riba punca utama

 

Bantu produkviti bantu logistik

Lebih penting bina pasaran

Industri kecil sederhana mesti strategik

Kapitalis Riba mesti dihancurkan

 

Kapitalis tanpa Riba kita raikan

Supaya tiada monopoli ekonomi

Tolak spekulasi hilang beban

Ekonomi bebas dapat berdiri

 

Dunia global tanpa sempadan

Order dunia baru rancangan Zionis

Sudah sampai kita dipersimpangan

Jangan percaya janji manis

 

 

Semua orang perlu Wang

Wang shilling Wang kertas

Cetak Wang banyak peluang

Cipta Wang rakyat lemas

 

 

Wang Fiat “Legal tender” matawang negara

Buat untung atas angin

Bank Negara Bank swasta kerjasama

Buat rakyat naik angin

 

Masa kecil nampak baik

Masa besar huruhara

Hutang Riba mulanya cantik

Bila  matang rakyat derita

 

Negara maju sama sahaja

Inflasi berterusan kerana Riba

Malaysia pula lagi bahaya

Polisi kaum Riba pun juga

 

Bank Negara perlu diperiksa

Tidak boleh penuh rahsia

Akta kewangan aturan rimba

Perlu diubah serta merta

 

 

6.SELAMATKAN TANAHAIRKU :BEBAS RIBA AMAN MALAYSIA

Isu penciptaan Wang isu politik

Supaya pemimpin tidak rasuah

Rakyat mesti terus Bangkit

Negara merdeka bebas Riba

 

Lesen senapang susah nak dapat

Kena ‘kow tim’ baru diberi

Orang niaga senang nak dapat

Orang kampung ‘jilat jari’

 

Wang adalah tuhan masa kini

Miskin bandar menjadi-jadi

Masyarakat kampung tak ambil peduli

Dakwah dan politik kepentingan peribadi

 

Rakyat dan pengundi mahu mudah

Guna fb juga ‘whats up’

Sistem Riba tetap utuh dan gagah

‘Its time for rakyat to wake up’

 

Zaman dulu  hamba abdi

Kini pula hutang ekonomi

Kita pandang hina PATI

Riba sendiri malukan diri

 

Kitab taurat tolak Riba

Apatah lagi kitab Injil

Islam perang terhadap Riba

Riba!Jangan di pandang kecil

 

Dua kali mereka dihalau keluar

Akibat lakukan fasad Riba

Jerusalem tanah merdeka

Kini mereka lakukan kali ketiga

 

Eropah sudah mereka telan

Ottoman Empayar kena makan

Amerika kini jadi pengkalan

Jerusalem pula jadi perhatian

 

Regim zalim bertukar ganti

Harapan rakyat regim adil

Manifesto janji ditepati

Dapat kuasa curi hasil

 

Ini berlaku kerana Riba

Regim ‘Adil’ nampak gagah

Mereka ditaja proksi bank2 swasta

Cara halus tanpa sedar