5.SELAMATKAN TANAHAIRKU :BEBAS RIBA AMAN MALAYSIA

Harapan baru sungguh murni

Pastikan rakyat tetap bersatu

Rakyat baik bijak dan berani

Pastikan Riba musuh negara nombor 1

 

Politik negara di era baru

Reaksi umum berbagai-bagai

Revolusi mental revolusi ilmu

Jangan jadi macam keldai

 

Politik nilai mesti berhemah

Jangan kasar celupar tapi tegas

Matawang kita sudah lemah

Riba hapus negara bebas

 

Perang maklumat sedang melanda

Perang matawang bermaharajalela

Tapi rakyat masih alpa

Riba juga punca utama

 

Hudud memang agenda Islam

Negara kebajikan agenda rakyat

Tapi negara tetap tenggelam

Kalau Riba tidak di sekat

 

Mara,Felda,’Bank Bumiputra’

PNB,Tabung Haji juga UDA,

Mudahkan melayu untuk berjaya

Penyamun ‘tarbus’ juga yang kaya

 

Umumnya melayu ‘masyarakat tani’

Feudal Melayu beranakkan kroni

Bangsa cina umumnya ‘play with money’

Riba tetap ‘kasi rakyat mati’

 

Hang Tuah Hang Jebat

Jangan taksub setia melulu

Demokrasi berparlimen negara berdaulat

Jangan lawan berdebat tanpa ilmu

 

Nak pinjam ada ‘collateral’

Mampu meminjam bukan semua

Yang berniaga semuanya ‘settle’

Makan gaji jadi mangsa

 

Sistem Riba pecah dan perintah

Institusi keluarga krisis rumahtangga

Peranan ulama dakwah dan tarbiyah

Masih bincang isu lama

 

 

 

4.SELAMATKAN TANAHAIRKU :BEBAS RIBA AMAN MALAYSIA

Politik negara di persimpangan

kerajaan baru haru biru

Kuasa rakyat ada di tangan

Ayuh Bangkit dengan ilmu

 

Cukuplah sudah fitnah menfitnah

Mungkin betul mungkin salah

Dah jelas Al Quran dan Sunnah

Isu Riba Ekonomi persoalan ummah

 

Dah bincang sampai jadi professor

Tapi ramai professor kankung

Jangan hanya mulut berbisa

Ayuh kawan Riba kita ‘pelangkung’

 

Statistik asnaf dah makin bertambah

Bantuan pula cacar merba

Zakat pun tercalit masalah Riba

Kerja dakwah makin mencabar

 

Tahun 1975 hutang 11billion

30 billion tahun 1980

2017 dah jadi 1700 billion

Dah terang lagi bersuluh

 

Bangun bangun rakyat marhaen

Sudah tiba gerakan massa

Isu Riba bukan main-main

Makannya dalam sangat berbisa

 

Allah swt dah istihar perang

Bina strategi,iman dan ilmu

Tapi ingat jiwa kena terang

Baru jihad berterusan selalu

 

Semua mengaku lebih Islam

Sistem Riba kita raikan

Menang sorak kapal karam

Baca kitab tapi tak faham

 

‘Rule of law’ jadi ukuran

‘Rule by law’ jadi ikutan

Sistem Riba jadi kebenaran

Keadilan pula ‘dipersetan’

 

1MDB  ‘klasik pencurian’

Bila tampuk kuasa sudah lama

Rakyat pula di bebankan

Bila  pemimpin mabuk kuasa

 

3.SELAMATKAN TANAHAIRKU :BEBAS RIBA AMAN MALAYSIA

Perlembagaan Negara jamin Keadilan

Harta peribadi perlindungan asasi

Wang penyimpan jadi pinjaman

Bank swasta ‘curi’ demokrasi

 

Persaingan wujud hasil Riba

Hilang kerjasama ramai yang rebah

Inflasi pula jadi lumrah

Jurang kaya miskin makin melebar

 

Sistem Riba ikut ‘rule by law’

Mudah bagi sang Penguasa

Harapan rakyat  ‘rule of law’

Baru demokrasi diperkasa

 

Akhir zaman penuh cabaran

Banyak unjuran oleh cendiakawan

Ayuh lawan jangan ketinggalan

Jihad Riba sepanjang zaman

 

Melayu masih mundur lagi

Walau sudah lamanya ‘merdeka’

Miskin tegar sudah dibaiki

Miskin relatif masih besar

 

Punca asas Sistem Riba

Wang didominasi satu kaum

Kaum dominan masih lupa

Ambil komisyen sepanjang ‘tahun’

 

Kalau Riba sudah tiada

Bagai bulan jatuh ke Riba

Wang cetak rakyat jaga

Wang ‘cipta’ rakyat selia

 

Sudah cukup dicucuk Zionis

Sistem Riba tajaan mereka

Mula masuk melalui British

Kini pula proksinya Amerika

 

Kini Zionis sudah berpindah

Jerusalem perhatian mereka

Perang proksi sudah bertambah

Untuk jadikan ‘Israel Qubra’

 

Abad 21 amatlah kritikal

Serangan Riba dalam dan luar

Jadikan Riba isu nasional

Ekonomi adil rakyat merdeka

 

 

 

2.SELAMATKAN TANAHAIRKU :BEBAS RIBA AMAN MALAYSIA

Kleptokrasi dan golongan pemodal

Guna Riba untuk kaya

Bila  Wang, rakyat kawal

Semua fasad akan binasa

 

Bank Awam perlu ditubuhkan

Bank swasta dimansuhkan pula

Hutang nanti boleh dipanjangkan

Pinjam rakyat tanpa bunga

 

Lambat bayar bank swasta

Habis semua keluarga binasa

Alasan sakit tidak diterima

Yang difikir untung sahaja

 

Bank Awam fungsinya lain

Gagal bayar ada pertimbangannya

Tidak kejam tidak zalim

Bantu rakyat sepanjang masa

 

Yang gagal kerana sengaja

Akan dihukum seperti biasa

Kalau peminjam tidak sengaja

Ada program bina ekonomi semula

 

Pentingnya sistem tanpa Riba

Mesti kawal aliran tunainya

Bila  cetak dan cipta Wang milikan negara

Maka makmur rakyat semuanya

 

Rakyat Malaysia boleh lakukan

Kita bincang kita bahas

Apa yang nak ditakutkan

Dari berhutang hingga sesak nafas

 

Negara BRIC sudah mulakan

100 tahun sudah di North Dakota

Parlimen Britain dalam perbahasan

Kita jangan ketinggalan masa

 

Ulama cendiakawan kena fokus

Pemimpin politik yang ada jiwa

Sistem Riba ‘ highly dangerous’

Jika bersatu akan berjaya

 

Dipelusuk tempat kita laungkan

Bandar kampung juga desa

Supaya rakyat ada kesedaran

Sistem Riba musuh negara

 

 

 

1.SELAMATKAN TANAHAIRKU :BEBAS RIBA AMAN MALAYSIA

Kerajaan baru harapanpun baru
Manifesto dicanang hingga berjaya
Rakyat masih tetap keliru
Sistem Riba punca utama

Menang PRU14 ramai muka baru
Peminpinnya memberi harapan baru
Sudah 100 hari masih kelabu
Sistem Riba zalim selalu

Bangsa Malaysia mahu selamat
Isu kaum, agama sempit masih utama
Kalau betul Islam yang tepat
Isu Riba jadi musuh negara

Meja politik tempat kuasa
Dakwah pula perlu diteruskan
Kalau rakyat terbanyak nak dibela
Hapuskan Riba negara aman

Buat hospital perlukan Wang
Buat jalan Wang juga
Selagi sistem ekonomi hutang
Anak bangsa tergadai jua

Apa nak jadi nasib bangsa
Isu picisan tajuk utama
Isu kaum,miskin dan agama
Sistem Riba masih tunggak ekonomi negara

Media sosial raikan demokrasi
Ramai terbabas hanya berselfie
Ayuh bangkit dengan berani
Gempur Riba dengan strategi

Bank Negara bank pusat
Cetak Wang stabilkan harga
Konon bangunkan ekonomi dengan pesat
Tapi inflasi meningkat juga

Bank swasta ‘cipta Wang’
Cipta Wang beri pinjaman
Hidup rakyat dengan hutang
Rakyat dan negara jadi cagaran

Cukup sudah isu ranting
Hingga rakyat naik pening
Hidup rakyat terkontang kanting
Kesan Riba isu penting

Siri 1-Satu perspektif:Kenapa Riba/tambahan (‘interest”) musuh ekonomi nombor satu.

  1. Sebagai contoh,apabila bank swasta cipta wang dengan memberi pinjaman bercagar berjumlah RM100,000.00,bank cipta pokoknya sahaja bila bank kreditkanya ke dalam akaun anda. Walaubagaimanapun,bank akan kenakan ‘interest’ RM100,000.00 sebagai tambahan dengan harapan peminjam akan membayar kembali tambahan RM100,000.00 dalam tempoh 20 tahun atau lebih ,jika tidak rumah yang dicagarkan akan dirampas/dilelong.
    Sebenarnya bank swasta tidak cipta ‘interest’ dalam erti kata sebenar; ia sebenarnya menyuruh peminjam untuk mencari tambahan tersebut (RM100,000.00) diluar sana untuk bersaing dengan orang ramai unruk membawa kembali tambahan tersebut kepada mereka.
    Ingat!Tambahan atau ‘interest’ tersebut TIDAK PERNAH WUJUD dan oleh kerana semua bank-bank swasta yang lain buat perkara yang sama,maka sistem riba ini akan memastikan secara ‘default’ akan ada peminjam yang akan mesti bankrup kerana tidak dapat mencari tambahan tersebut YANG TIDAK PERNAH WUJUD DALAM PASARAN EKONOMI.

Continue reading “Siri 1-Satu perspektif:Kenapa Riba/tambahan (‘interest”) musuh ekonomi nombor satu.”

RIBA : PUBLIC ENEMY NUMBER 1

1.WHAT IS RIBA

key features: Fiat Money, National Currency, Interest, Fraction Reserve Banking,Seigniorage

2.HISTORY OF RIBA

Suggested reading materials:-

  

3.EFFECT OF RIBA

key features: debt,inflation,competition & war,perpetual economy growth,wider disparity rich and poor,poverty,pollution, nepotism, cronyism, leakages,corruption,crimes,shrinking populations

you tube on Bondage of Riba [AK]

Suggested reading materials:-

 

you tube on Fiat Money vs Fertility Rate[AK]

 

SOLUTION TO DEBT-RIBA/INTEREST IN FIAT MONEY ECONOMY SYSTEM

1.Government Public Commercial Bank

key features: small credit and consumption loan without interest,equity financing on profit-sharing

further reading: Proposal for Monetary Reform in Malaysia

website on Public banking institute

website on Web of Debt Blog

suggested reading materials:-

2.Cancelation of interest on Debt Assets and Loans

further reading: Debt-Cancellations is possible histrocally:The Jubilee Year

3.Return of Gold and Silver as money

4.Encouraging the use of Complementary Currency

you tube on Future Money Part 1 [BL]

you tube on Future Money Part 2 [BL]

you tube on Future Money Part 3 [BL]

you tube on Why Money need to change Now [BL}

further reading on Future of Money [BL]

5.Enhance Waqaf, Public Trustee for social objective

6.Electronic payment system and netting system without interest

7.Provide basic needs/stipend for every citizen based on national assets and income

RIBA dan CABARAN UTAMA: Masaalah dengan “Interest”

1.Ringkasnya, apa bentuk tambahan adalah Riba samada wang yang ditukar ganti dengan wang yang lain pada waktu yang sama adalah berbeza atau wang yang dipinjamkan dibayar pada masa akan datang dengan jumlah yang bertambah.

2.Sebab itu, semua bentuk tambahan/’interest” adalah terbatal dalam apa-apa jenis kontrak dan digantikan dengan kontrak yang berkongsi untung dan resikonya.

3.Allah (swt) berfirman: Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri dengan betul melainkan berdirinya seperti dirasuk shaitan…Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. [ Al-Baqarah: 275]

4.Pengharaman Riba menggalakkan orang ramai untuk tidak menyimpan wangnya dirumah atau dibank [dengan menunggu pulangan dalam bentuk “interest”] malah 2.5% zakat dikenakan kepada harta yang tidak digunakan.

5.Dengan cara ini ia menggalakkan orang ramai untuk berbelanja dan melabur supaya aktiviti ekonomi berjalan lancar dan memastikan pertumbuhan ekonomi adalah sihat. Dengan berbelanja dan melabur, maka peluang pekerjaan wujud dan kekayaan dapat beredar dalam ekonomi.

6.Sebab utama Allah dan Nabi istiharkan perang keatas Riba kerana sistem ekonomi hutang yang berasaskan “interest” akan lambat laun memiskinkan orang ramai dan negara akan bankrap kerananya.

 Ali (ra), the cousin of Allah’s messenger, pointed out regarding the pre-Islamic age: “We withstood the weight of the Iron, the Stone and the Lash, but we could not endure the weight of debt.”

7.Kesan buruk atas pengenaan “interest” atas hutang yang diberi ialah kerana “interest” tidak pernah wujud sebagai wang.[“in agregate it is unrapayable”] Sebab itu “interest” menyebabkan

a.Terdapat tambahan wang dalam ekonomi yang berbentuk “interest” yang sebenarnya tidak wujud tetapi telah dianggap sebagai wangdan ini memberi kesan kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan/inflasi kerana kos “interest” ditanggung oleh orang ramai;

b.tambahan tersebut menyebabkan semua orang dalam ekonomi terpaksa bersaing bagi mendapatkan wang untuk membayar hutang pokoknya dan “interest” mengakibatkan berlakunya sebahagian besar akan gagal membayar hutangnya bila sebahagiannya berjaya membayar hutang pokoknya dengan “interest”;

c.Pertumbuhan “interest” mengalakkan pertumbuhan ekonomi SETIAP MASA walaupun ia akan menyebabkan pengeluaran yang tidak cekap atau mengakibatkan pencemaran alam dan kerosakan kepada sumber semulajadi;

d.”interest” akan menyebabkan kekayaan bertumpu kepada orang kaya dan pemiutang[pihak bank contohnya] dimana hari ini 1% kumpulan yang terkaya hari ini mempunyai aset yang berasaskan “interest” semata-mata;

e. Jurang yang kaya dan miskin akan kian melebar dengan bertambahnya orang-orang miskin;

8.Saya juga berpendapat kesan-kesan diatas menyebabkan undang-undang hari ini yang berasaskan “Rule of law” tidak dapat diikuti dan dihormati kerana tekanan “interest” ini menyebabkan amalan kronisma, nepotisma, ketirisan, koropsi dan jenayah akan sentiasa wujud kerana semua pihak dari institusi politik, ekonomi, sosial dan lain-lain akan cuba mencari jalan untuk membayar kos hidup yang sentiasa meningkat dan juga membayar hutang yang tidak pernah selesai.

Penghakiman oleh Mahkamah Agung Pakistan dibawah ini amat menarik kerana Mahkamah telah membincngkan dengan panjang lebar bagaimana riba berlaku zaman sebelum dan selepas islam,mendefinasikan apa itu riba secara komprehensif dan menolak hujah-hujah “interest” dengan penuh hikmah dan rasional.

further reading on Judgment on Interest by Supreme Court of Pakistan